Thursday 14 November 2013

Novel : Rindunya Kian Membara

Rindunya Kian Membara Rindunya Kian Membara by Noor Suraya
My rating: 5 of 5 stars

Rindunya kian membara menceritakan perjalanan hidup Doktor Farhana yang dipanggil Anah. Anah merupakan anak tok imam yang dididik dengan segala ilmu agama dan kesantunan melayu timur. Tetapi kerana cintanya yang agung kepada jejaka seuniversiti yang bernama Masri, menyebabkan dia telah membelakangkan keluarga demi cintanya. Kahwin di Yala tanpa melalui adat peminangan dan kenduri kendara yang selayaknya telah memalukan ibunya dan abang-abangnya di kampung.

Perkahwinan yang bahagia selama 3 tahun diuji apabila ibu Masri yang masih tidak menerima Anah memaksa Masri kahwin dengan gadis pilihannya. Talak taklik jatuh selepas Masri kahwin dengan Suhaila kerana itulah janji Masri kepada Anah semasa ijab kabul. Dugaannya tidak berakhir disitu apabila Anah mengandung dan dalam tempoh idah Anah telah membawa diri ke Paris untuk menyambung pelajarannya.

Lahirnya si kembar Zetti dan Zyann menyerikan hidup Anah diperantauan. Wasiat ibunya memohon dia pulang ke tanah air menjadi penentu kepada kehidupan mereka 3 beranak. Masri menuntut hak penjagaan anak dengan cara untuk mendapatkan semula cinta Farhana walaupun masih mendapat tentangan daripada ibu dan saudara maranya. Walaupun telah ada 5 orang anak dengan Suhaila, Masri masih mengejar cinta Farhana dan ingin menjaga si kembar walaupun pendapatannya hanya cukup-cukup sahaja sebagai guru.

Ya Allah! masa ni Kak Su pandai sungguh usik pembaca.“Nanti bila Yi besar Yi akan kahwin dua. Tengok ada 2 pusar kat kepala”. Lepas ni masing-masing check ye kepala suami masing-masing :)

Cinta Anah menjadi rebutan Masri, Imran yang pernah melamar zaman gadisnya dan setia menunggu dan Ilham duda beranak 3 suami kepada sahabatnya Dalilah yang meninggal akibat tumpah darah melahirkan anak ke 3. Masih cintakah mereka setelah Anah tidak sesempurna wanita lain?


---Spoiler---
(view spoiler)

View all my reviews

2 comments :

  1. nih novel keluaran tahun bila?macam mane nk dapat kn novel nih...

    ReplyDelete
  2. Norihan, try cari novel ni kat booth CESB di pesta buku bln 12 ni atau beli online di http://cesb.net.my/produk/rindunya_kian_membara

    ReplyDelete